Make your own free website on Tripod.com

Terdapat beberapa jenis gunung berapi. Pembahagian jenis gunung berapi berdasarkan ciri-ciri bentuk gunung berapi, jenis lava dan bahan yang membentuk gunung berapi.

Jenis dan ciri-ciri gunung berapi

Gunung berapi lava asid
  • letusan gunung berapi amat kuat.
  • lava sangat likat dan mengalir dengan perlahan.
  • mempunyai cerun yang curam.
  • contoh: Gunung Vesuvius di Itali.

 

Gunung berapi lava bes
  • mempunyai cerun yang landai.
  • lava sangat panas dan cair.
  • lava mengalir dengan laju.
  • contoh: Gunung Mauna Loa di Hawaii.

Gunung berapi komposit
  • dikenali sebagai stratokun.
  • kon utama terbina daripada abu dan lava.
  • kon-kon kecil terbentuk di cerun-cerun kon utama.
  • kon-kon kecil dinamakan kon parasit.
  • contoh: Gunung Fuji di Jepun, Gunung Mayon di Filipina.

Gunung berapi abu dan sinder
  • terbentuk daripada letupan yang sangat kuat.
  • mengeluarkan bahan piroklas seperti lapilli, abu, bom, serpihan kecil dan gas.
  • bahan piroklas akan jatuh di sekitar lohong dan membentuk cerun yang curam.
  • contoh: Gunung Paricutin di Mexico.

 


Klik pada laman web yang berkaitan di bawah.


 

USGS/Cascades Volcano Observatory, Vancouver, Washington


   Video Klip

Klik pada logo untuk download quicktime

 



VOLCANOES

VOLCANO WORLD


Compton's Encyclopedia Online