Letusan gunung berapi boleh membawa kesan negatif dan positif kepada manusia dan mengubah landskap muka bumi.

Kesan negatif

Lava daripada letusan gunung berapi membawa kepada kemusnahan petempatan dan kerosakan kepada aktiviti manusia. Letusan gunung berapi juga memusnahkan bentuk muka bumi di kawasan itu seperti letusan Gunung Kratatoa di Indonesia pada tahun 1883 yang memusnahkan seluruh pulau itu.

Aktiviti gunung berapi juga memusnahkan harta-benda serta mengorbankan banyak nyawa manusia.

Kesan positif

Walaupun aktiviti gunung berapi membawa kemusnahan dan kerosakan, tetapi ia juga banyak membawa faedah kepada manusia.

Tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.

Mata air panas dan geiser boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga geotermal. 

Mata air panas juga dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Di samping itu juga menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dan geiser banyak terdapat di Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa dan Jepun.

Aktiviti gunung berapi membentuk genahaqr yang amat besar. Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan pelancong.

 

 


Klik pada laman web yang berkaitan di bawah.


 

Compton's Encyclopedia Online


USGS/Cascades Volcano Observatory, Vancouver, Washington


Volcanoes