Make your own free website on Tripod.com

Letusan gunung berapi merupakan satu kuasa bumi yang amat kuat. Bayangkan betapa kuatnya bunyi letusan gunung berapi boleh didengari sejauh beberapa ratus kilometer. Gunung berapi juga merupakan satu kuasa yang kreatif dengan mengubah landskap bumi. Banyak gunung dan pulau telah dibentuk hasil daripada letusan gunung berapi.

Gunung berapi merupakan gunung atau bukit yang terbentuk daripada bahan-bahan letusan seperti lava, gas  dan abu. Kebanyakan gunung berapi mempunyai cerun yang curam dan sebahagiannya mempunyai cerun yang landai.

Kira-kira 500 buah gunung berapi yang aktif terdapat di seluruh dunia. Lebih separuh daripada 500 buah gunung berapi yang aktif terletak di sekitar Lautan Pasifik yang dipanggil sebagai "Lingkaran Api Pasifik".

Indonesia terletak di Lautan Pasifik mempunyai gunung berapi aktif paling banyak. Sejak tahun 1800, sebanyak 600 letusan gunung berapi telah berlaku daripada 70 buah gunung berapi. Di Amerika Tengah mempunyai 60 buah gunung berapi aktif. Gunung berapi juga terdapat di Rusia, Jepun, Afrika, Iceland. Itali dan kawasan lain.

 


Klik pada laman web yang berkaitan di bawah.