Make your own free website on Tripod.com

2kenalan.gif (38350 bytes)LATARBELAKANG /PENGENALAN SEKOLAH BESTARI:

Sekolah Bestari adalah sekolah yang memberi pendidikan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta mengamalkan sistem pengurusan sekolah yang tercangih dan berkesan disamping mewujudkan budaya berilmu, berfikir dan penyayang. Pelajar dididik supaya bersifat global, berliterasi, berakhlak mulia dan mampu beroperasi di arena antarabangsa dengan penggunaan teknologi multimedia. Projek sekolah bestari ialah salah satu daripada tujuh aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC). Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said akan melaksanakan Projek Sekolah Bestari di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 1999. Pada ketika itu SMKDDS akan mengalami suatu anjakan paradigma apabila ia melancarkan Projek Sekolah Bestari. Suatu perubahan budaya sekolah daripada budaya memperolehi fakta dan penggunaan ingatan kepada budaya Sekolah Bestari yang berlandaskan kaya ilmu, berfikiran kritis dan kreatif.
btn_main.gif (3194 bytes)btn_bestari.gif (3491 bytes)