Cara Belajar Matematik Yang Berkesan

thinthread.gif (917 bytes)

Matematik sering dianggap sebagai satu mata pelajaran yang susah bagi pelajar-pelajar. Sebenarnya kalau kita dapat menguasai beberapa teknik pembelajaran matematik, matematik bukanlah satu mata pelajaran yang begitu sukar seperti yang disangkakan. Di sini kami mencadangkan beberapa teknik pembelajaran matematik semoga pelajar-pelajar dapat manfaat daripadanya.

 

Pelajar mesti memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang disampaikan oleh guru, sekiranya ada langkah yang kurang jelas pelajar mesti meminta guru berkenaan menjelaskannya sekali lagi. Kadang-kadang ada langkah yang telah difahami oleh semua pelajar tetapi anda masih tidak dapat memahaminya, jangan malu-malu bertanya kepada guru atau kawan semasa rehat.
Matematik bukan satu subjek yang boleh dibaca seperti matapelajaran lain, maksud saya ialah kita perlu banyak latihan. Dapatkan beberapa buah buka rujukan atau buku latihan seperti buku yang mengandungi soalan-soalan tahun-tahun lepas, cuba semua soalan yang terdapat di dalamnya. Sekiranya ada soalan yang anda telah cuba beberapa kali masih tidak dapat menyelesaikannya, tandakan soalan itu dan bincang dengan kawan, sekiranya masih tidak dapat menyelesaikannya, tanyalah kepada guru.
Sekurang-kurangnya menggunakan masa dua jam sehari untuk membuat latihan matematik. Mula-mula membuat kerja rumah harian, kemudian mengulang beberapa soalan pada bab yang telah dipelajari. Mengulang bermaksud kita hanya melihat soalan sahaja tanpa melihat jalan kerja yang sedia ada, latih beberapa kali sehingga melihat soalan sahaja anda dapat menuliskan jalan kerjanya dengan betul.
Rumus-rumus itu harus dihafal, misalnya y = mx + c, kalau kita tidak menghafal rumus pasti tidak dapat menyelesaikan masalah matematik.
Semasa peperiksaan, apa yang perlu kita buat ialah mengulang soalan-soalan yang telah dibuat, jangan cuba menjawab soalan baru kerana pada saat-saat genting ini sekiranya kita mendapati jawapan tidak sama dengan apa yang diberi oleh buku rujukan, kita selalu cuba menyelesaikannya dengan berbagai cara, ini menyebabkan masa banyak terbuang.
Adakan kumpulan perbincangan sendiri, cara ini dapat mengatasi banyak masalah kerana pelajar boleh kongsi pengalaman, apa yang pelajar A faham mungkin pelajar B tidak memahaminya. Dengan cara perkongsian pengalaman ini ingatan kita tentang sesuatu fakta akan kekal dengan lebih lama.
Bagi pelajar yang telah mahir di dalam matematik, satu cara yang senang untuk mengukuhkan ingatan terhadap sesuatu rumus atau langkah-langkah matematik ialah dengan mengajar rakan-rakan yang tidak faham. Dengan mengajar kawan-kawan, secara tidak langsung kita akan mengulang pelajaran ini.

[Sukatan Pelajaran] [Weblinks] [Undur]