Make your own free website on Tripod.com
TELOFASA II
Perubahan-perubahan berikut akan berlaku kepada satu sel germa apabila ia memasuki peringkat Telofasa II dalam proses Meiosis Pembahagian II:

a) Kromatid yang terdapat kepada setiap sel anak berkembang semula menjadi bebenang halus yang dipanggil kromatin.

b) Membran nukleus dan nukleoplasma terbentuk semula di nukleus setiap sel anak.

c) Pembahagian sitoplasma (sitokinesis) lengkap dan terdapat empat sel anak yang berasing hasil dari satu sel induk.

Klik pada butang di bawah untuk perhatikan perubahan-perubahan ini: