Matematik
sering dianggap sebagai satu mata pelajaran yang susah bagi pelajar-pelajar. Sebenarnya
kalau kita dapat menguasai beberapa teknik pembelajaran matematik, matematik bukanlah satu
mata pelajaran yang begitu sukar seperti yang disangkakan. Di sini kami mencadangkan
beberapa teknik pembelajaran matematik semoga pelajar-pelajar dapat manfaat daripadanya. |

|
Pelajar
mesti memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang disampaikan oleh guru, sekiranya ada
langkah yang kurang jelas pelajar mesti meminta guru berkenaan menjelaskannya sekali lagi.
Kadang-kadang ada langkah yang telah difahami oleh semua pelajar tetapi anda masih tidak
dapat memahaminya, jangan malu-malu bertanya kepada guru atau kawan semasa rehat. |
 |
Matematik
bukan satu subjek yang boleh dibaca seperti matapelajaran lain, maksud saya ialah kita
perlu banyak latihan. Dapatkan beberapa buah buka rujukan atau buku latihan seperti buku
yang mengandungi soalan-soalan tahun-tahun lepas, cuba semua soalan yang terdapat di
dalamnya. Sekiranya ada soalan yang anda telah cuba beberapa kali masih tidak dapat
menyelesaikannya, tandakan soalan itu dan bincang dengan kawan, sekiranya masih tidak
dapat menyelesaikannya, tanyalah kepada guru. |
 |
Sekurang-kurangnya
menggunakan masa dua jam sehari untuk membuat latihan matematik. Mula-mula membuat kerja
rumah harian, kemudian mengulang beberapa soalan pada bab yang telah dipelajari. Mengulang
bermaksud kita hanya melihat soalan sahaja tanpa melihat jalan kerja yang sedia ada, latih
beberapa kali sehingga melihat soalan sahaja anda dapat menuliskan jalan kerjanya dengan
betul. |
 |
Rumus-rumus
itu harus dihafal, misalnya y = mx + c, kalau kita tidak menghafal rumus pasti tidak dapat
menyelesaikan masalah matematik. |
 |
Semasa
peperiksaan, apa yang perlu kita buat ialah mengulang soalan-soalan yang telah dibuat,
jangan cuba menjawab soalan baru kerana pada saat-saat genting ini sekiranya kita
mendapati jawapan tidak sama dengan apa yang diberi oleh buku rujukan, kita selalu cuba
menyelesaikannya dengan berbagai cara, ini menyebabkan masa banyak terbuang. |
 |
Adakan
kumpulan perbincangan sendiri, cara ini dapat mengatasi banyak masalah kerana pelajar
boleh kongsi pengalaman, apa yang pelajar A faham mungkin pelajar B tidak memahaminya.
Dengan cara perkongsian pengalaman ini ingatan kita tentang sesuatu fakta akan kekal
dengan lebih lama. |
 |
Bagi
pelajar yang telah mahir di dalam matematik, satu cara yang senang untuk mengukuhkan
ingatan terhadap sesuatu rumus atau langkah-langkah matematik ialah dengan mengajar
rakan-rakan yang tidak faham. Dengan mengajar kawan-kawan, secara tidak langsung kita akan
mengulang pelajaran ini. |
|