Make your own free website on Tripod.com
TELOFASA I
Perubahan-perubahan berikut akan berlaku kepada satu sel germa apabila ia memasuki peringkat Telofasa I dalam proses Meiosis Pembahagian I:
Membran nukleus akan terbentuk semula mengelilingi setiap kumpulan kromosom pada kutub atas dan bawah. Sigaran di tengah sel akan berterusan sehingga sel induk terbahagi kepada dua sel anak.Akhirnya kromosom-kromosom setiap nukleus sel anak akan berkembang semula menjadi bentuk tak jelas (kromatin).

Klik pada butang "Perubahan Telofasa I" untuk perhatikan perubahan-perubahan ini.

Sel-sel anak yang terbentuk akan masuk ke dalam peringkat rehat (Interfasa) sebelum meneruskan perubahan ke Meiosis Pembahagian II.